PENGHANTARAN PERCUMA MALAYSIA UNTUK PEMBELIAN 2 ITEM KEATAS

Tips pemilihan baju muslimah berdasarkan bentuk badan

🌹Assalamualaikum sis sayang ðŸŒ¹

Saya ingin berkongsi dengan sis tips ringkas bagaimana memilih pakaian berdasarkan bentuk tubuh.

Untuk wanita berbadan kecil dan rendah.
+ Untuk sis yang berbadan kecil , pertama sekali perhatikan pemilihan bhgn atas baju jangan sampai melebihi perhatian kepada bahagian pinggul kerana ini akan membuatkan sis nampak tenggelam. Pilihlah warna bahagian atas dan bawah baju senada. Ini akan memberikan kesan lebih tinggi.

+ Elakkkan memakai tali pinggang yang lebar kerana ianya tidak sesuai dengan sis dan membuatkan sis kelihatan tidak professional.

Untuk wanita berbadan besar / Gempal.
Sis berbadan besar? Jangan cepat menolak pakaian yang diingini hanya kerana berbadan besar. Beberapa teknik mampu membuatkan sis tampil menarik .
+ Pemilihan warna gelap dapat mewujudkan ilusi lebih lansing.

+ Untuk baju bercorak pula pilihlah corak berbunga kecil atau corak berunsur garis menegak. Elakkan memilih corak berbunga besar atau garisan melintang kerana ini akan membuatkan sis kelihatan lebih lebar.

+ Pemakaian kasut bertumit juga akan mengurangkan kesan badan besar.

Untuk wanita berbadan tinggi kurus.
+ Sekiranya sis berbadan begini elakkan memilih pakaian yang ketat.

+ Elakkan juga memakai baju berleher V kerana ini akan menonjolkan lagi tulang leher sis.

+ Memakai blazer atau baju berupa jaket akan membantu sis kelihatan lebih berisi.
Semoga bermanafaat untuk sis

P/s : Tshirt muslimah Salma Foryou selesa dan sesuai dipakai untuk semua . Terdapat dalam saiz S – 3XL.

Shopping Cart