1. Pengenalan

Halaman ini merupakan halaman terma dan syarat bagi penggunaan website serta pembelian di www.salmaforyou.com.my ( Selepas ini dikenali sebagai “Laman Web ini”) yang dimiliki oleh Sg Rengas Enterprise (TR0099681-D ) (selepas ini dikenali sebagai “pihak kami”. Sila baca terma dan syarat ini dimana dengan menggunakan atau menempah sebarang produk di Laman Web ini anda dianggap telah bersetuju dan patuh dengan syarat yang telah ditetapkan.

2. Status dan Had Umur

Untuk membuat tempahan di laman web ini, anda perlulah berumur 18 tahun keatas dari tarikh anda membuat tempahan di laman web ini atau mana-mana individu yang dibawah umur yang ditetapkan perlulah meminta keizinan penjaga.

3. Penghantaran

3.1 Penghantaran dibuat setiap hari bekerja ahad – khamis (melainkan ada perkara yang tidak dapat dielakkan, yang mana pelanggan akan dimaklumkan terlebih dahulu ). Jumaat dan sabtu tiada penghantaran . Tempahan yang telah dibayar dan telah dikemukakan bukti pembayaran sebelum pukul 1 petang pada hari tersebut akan di poskan pada hari yang sama.

3.2 Pembayaran  selepas pukul 1 petang pada hari tersebut akan dibawa untuk diuruskan pada hari bekerja keesokannya.

3.3 Sekiranya berlaku sebarang kelewatan diperingkat pengurusan kami atas sebarang sebab, Pihak kami akan segera memberitahu pihak pelanggan. Pihak pelanggan mempunyai hak untuk membatalkan tempahan dan menerima keseluruhan jumlah pembayaran yang telah dibayar sekiranya pihak kami gagal mengurus tempahan pihak pelanggan tanpa sebab yang munasabah dalam tempoh 5 hari bekerja.

3.4 Setelah pihak kami menguruskan tempahan anda dan diserahkan kepada syarikat penghantaran. Pihak pelanggan berhak untuk meminta maklumat nombor rujukan yang telah diberikan oleh syarikat penghantaran.

3.5 Pihak kami akan mengemaskini status penghantaran dan pihak pelanggan boleh merujuk laman web ini untuk melihat maklumat terkini berhubung tempahan pihak pelanggan.

3.6 Segala risiko barang akan berpindah milik kepada anda sebaik penghantaran dilakukan kepada Syarikat Penghantaran. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan diperingkat Syarikat Penghantaran namun Pihak Kami boleh menjadi pemudah cara diantara anda dan Syarikat Penghantaran dalam urusan yang melibatkan pihak kami.

3.7 Sebarang pemulangan produk oleh Syarikat Penghantaran atas sebab tidak dituntut atau tiada orang di lokasi hanya akan dihantar kembali dengan caj penghantaran yang baru.

4. Pembatalan

4.1 Pihak kami berhak untuk membatalkan sebarang tempahan sekiranya didapati produk yang ditempah telah kehabisan stok atau anda telah melanggar sebarang syarat yang ditetapkan.

4.2 Pihak kami akan memulangkan kembali sebarang bayaran yang telah dibayar dan mempunyai bukti pembayaran sekiranya sebarang tempahan dibatalkan.

5. Pembayaran

5.1 Pihak pelanggan perlu melunaskan jumlah yang tertera didalam invoice dalam tempoh 48 jam sebelum tempahan tersebut dibatalkan bagi memberi ruang kepada pelanggan lain untuk mendapatkan produk tersebut.

6. Pembatalan Oleh Pelanggan (Produk Yang Dalam Keadaan Baik)

6.1 Pihak pelanggan tidak dibenarkan untuk membatalkan sebarang tempahan setelah produk yang dalam keadaan baik diterima dan transaksi jual beli telah sah berlaku. Namun demikian  pihak pelanggan  boleh menukar saiz  sekiranya saiz tidak padan dengan syarat tag  masih dalam keadaan baik serta tidak lewat dari 3 hari tarikh penerimaan. Tertakluk kepada stok yang ada. Kos penghantaran return dan hantar baru adalah dibawah tanggungjawab pihak pelanggan.

7. Produk Rosak dan Produk Silap

7.1 Pihak kami akan bertanggungjwab penuh sekiranya produk yang dihantar adalah rosak dan pihak pelanggan hendaklah memaklumkan kepada kami serta merta setelah menerimanya. Pihak pelanggan boleh menukarkannya kembali dalam tempoh 3 hari dari waktu penerimaan dan kesemua kos penghantaran semula akan ditanggung oleh pihak kami. Sekiranya produk yang diminta tiada didalam stok maka pihak kami akan memulangkan keseluruhan wang pembayaran yang telah dibayar .

7.2 Sekiranya produk yang dihantar adalah salah dari yang ditempah maka Pihak pelanggan perlu memulangkan kembali dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan dan produk yang betul akan dihantar kembali. Segala kos penghantaran kembali akan ditanggung oleh pihak syarikat.

8. Diskaun dan Voucher

Diskaun dan Voucher adalah tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat promosi diskaun atau vaucher yang berbeza dalam satu-satu masa Pihak pelanggan hanya boleh menggunakan salah satu dari diskaun atau voucher tersebut.

9. Polisi Pemulangan Wang

Polisi pemulangan wang adalah tertakluk kepada syarat-syarat produk yang dinyatakan diatas.

10. Perlindungan Data

Sila lihat Polisi Privasi kami

11. Gambar Produk

Segala gambar yang telah disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk membantu anda untuk melihat contoh produk yang dijual. Pihak kami sedaya upaya memastikan gambar yang dipaparkan adalah bertepatan dengan warna sebenar namun atas sebab teknikal yang diluar kawalan kami seperti resolusi monitor yang berbeza , penataan cahaya dan sebagainya maka produk sebenar mungkin berbeza sedikit dengan gambar yang dipaparkan.

12. Caj Perkhidmatan Pembayaran Langsung Secara Online

Tiada caj dikenakan bagi pembayaran yang dibuat melalui bank ATM, Cash Deposit atau online transfer.