PENGHANTARAN PERCUMA MALAYSIA UNTUK PEMBELIAN 2 ITEM KEATAS

7 Tips Beli Baju Plus Size Yang Sesuai

Anda ingin  membeli baju plus size, tetapi anda tidak tahu bagaimana?

Adakah anda sedang mencari tips memilih baju plus size yang sesuai?

Artikel ini akan membantu anda memilih baju plus size yang sesuai untuk digayakan. 7 tips ini akan membuatkan anda kelihatan trendy dan chic!

1.   Saiz

Walaupun anda memakai baju plus size. Tak semestinya saiz anda tak perlu double check.

Kadang-kadang ukuran saiz setiap butik atau baju adalah berbeza.

Untuk ini, anda disarankan untuk mencuba sendiri pakaian yang anda ingin beli.

Anda boleh tanyakan ukuran untuk setiap saiz baju yang anda ingin beli. Tak adalah baju anda nanti terlebih besar atau terlebih kecil.

Cakap tentang pilihan saiz, anda harus pilih yang sesuai mengikut bentuk badan dan keselesaan anda. Jadi penting untuk anda ketahui saiz ukuran badan anda.

2.   Corak/Pattern

ntuk memastikan anda kelihatan bergaya dan yakin, anda boleh cuba memilih corak baju yang polos dengan warna yang anda gemari.

Tak kisahlah gelap atau cerah. Tetapi kalau nak pilih baju yang bercorak, anda dinasihatkan pilih baju yang tak terlampau sarat dengan corak.

Pilih baju yang mempunyai motif kecil. Seperti bunga atau polka dots yang kecil.

3.   Material

Material penting bukan sahaja penting untuk anda selesa tetapi juga bagi memastikan tiupan angin memberikan bayangan cantik pada baju anda.

Walaupun anda muslimah yang menutup aurat, mungkin anda mahukan baju yang tak terlalu menonjolkan bentuk badan.

Jadi pilih baju daripada material kain yang tidak melekap atau berat.

Elakkan memakai kain jenis lycra. Anda boleh pilih material daripada crepe ataupun cotton yang tidak jarang. Kain ini jenis ringan, beralun dan tidak melekap.

4.   Reka bentuk/Gaya

Cara anda menggayakn baju juga akan mengubah rupa anda.

Pilih aksesori yang sesuai untuk dipakaikan. Kenali bentuk tubuh anda seperti pear, diamond atau epal, ada do’s and don’ts untuk setiap bentuk tubuh badan.

Kalau anda memilih blouse, boleh gayakan blouse yang panjang bagi menutup bahagian peha.

Eksperimen gaya anda dengan mengenakan kardigan atau boleh cuba mix and match.

5.   Bentuk Baju

Bentuk baju straight cut mungkin bukan untuk anda. Anda boleh cuba potongan A cut kerana ianya lebar di bawah.

Bukan sahaja memberi sillhoute cantik apabila anda berjalan tapi boleh juga memberikan anda kebebasan ketika berjalan.

6.   Warna


Jangan pernah takut untuk mencuba warna yang cerah. Anda boleh bereksperimen dengan warna yang cerah atau gelap.

Mix and match dengan aksesori yang anda ada dengan baju yang anda pakai. Anda pasti nampak padan dan cantik.

Nak baca tentang pemilihan warna? Boleh baca di sini!

7.   Aksesori

Aksesori pelengkap gaya yang anda boleh cuba gayakan adalah tali pinggang atau rantai.

Tapi anda dinasihatkan untuk mencuba aksesori yang bercorak atau bersaiz kecil untuk mengelakkan anda kelihatan terlalu sarat.

Dah bersedia untuk bergaya? Nak tahu boleh mula daripada mana? Boleh cuba tengok koleksi pakaian Salma ForYou .

Salma ForYou ada pelbagai pilihan baju yang sesuai untuk anda.

Serabut nak pilih yang mana? 

Baju yang ada di Salma ForYou mempunyai rekaan yang sweetsimple dan trendy sesuai untuk anda. Mahu baju saiz besar atau kecil, semestinya ada!

Baju Blouse Raha

Baju Blouse Raha merupakan blouse A Cut, menggunakan como crepe lembut daripada material yang sejuk.

Malah, ianya juga mesra BF dan mesra wuduk.

Shopping Cart